Isnin, 1 Disember 2014

APA PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG PEMAKANAN KUCING?

Kucing merupakan haiwan karnivor @ pemaging..itu kita perlu ingat. Kucing tak sama dgn manusia maupun anjing, bila ianya berkaitan dgn pemakanan, sistem penghadaman kucing amat tidak flexible dan berbeza dgn manusia, kucing perlukan banyak daging bagi sumber protin dan lemak...emmm jika manusia memakan makanan seperti yang diperlukan oleh kucing, kita pasti dah kena serangan sakit jantung at the age of 20!

Berbeza dengan anjing yang boleh memakan apa saja dan masih kekal sihat, sistem penghadaman kucing tidak boleh memproses karbohidrat. Kucing2 akan mengalami masalah obesiti melampau jika memakan karbohidrat berlebihan. 

Pleasing your cat's palate... maksudnya makanan yang kita pilih mestilah disukai oleh kucing kita. Perkara penting yang kita perlu perhatikan dalam memilih makanan ialah ianya hendaklah memenuhi kriteria pemakanan mengikut piawaian standard, samada AAFCO atau mengikut piawaian tempatan. Ini kerana sekurang2nya makanan yang kita pilih itu memenuhi keperluan minima yang sihat untuk kucing. Sekiranya makanan tu kucing kita tak suka, maka kita kena cari apa yang mereka suka, kerana kucing2 ni biasanya tak akan makan jika mereka tidak menggemari makanan yang diberi..mereka sanggup menahan lapar dari makan dan ini mungkin memudaratkan jika dibiar berlarutan.

Satu lagi..jika kita ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis yang baru, kita perlu memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada kucing..

Berapa banyak perlu kucing kita makan? Soalan yang agak payah untuk kita tentukan sebenarnya..bergantung pada jenis kucing yang kita bela. Kucing yang bebas outdoor mungkin perlukan makanan yang lebih banyak kerana mereka aktif bergerak berbanding dgn kucing indoor yang banyak berehat dan memanjakan diri. Secara ideal kita boleh bawa kucing kita untuk ditimbang berat dan ditentukan jumlah kalori sebenar yang mereka perlukan bergantung pada berat, tapi mungkin agak sukar kalau kita ada banyak kucing..

Secara mudah...untuk kitten kita boleh bagi 25g setiap feeding 3-4 kali sehari..untuk kucing dewasa 25g setiap feeding untuk 2 kali sehari. 


APA KESILAPAN YANG KERAP KITA LAKUKAN DALAM MEMBERI KUCING2 MAKAN?

Kadang2 kita hanya sedar apa yang kita berikan pada kucing itu tidak betul apabila kucing kita jatuh sakit...sedih kan?

Kesalahan 1: Terlalu banyak makanan.

Obesiti merupakan penyakit berkaitan pemakanan yang paling kerap berlaku. Kita suka kucing kita comel dan gemuk tetapi obesiti akan menyebabkan banyak masalah kepada kucing kita dikemudian hari termasuk diabetis, athritis dan penyakit berkaitan sistem urin seperti batu karang.. 

Sedar atau tidak kita kerap terlebih memberi makanan kepada kucing2 kita kerana kita sayangkan mereka dan ingin membuat mereka gembira..secara tak langsung kita menggemukkan mereka kerana keperluan kucing indoor sebenarnya kurang dari kucing outdoor..ini semua berkaitan dengan nature mereka yang kurang aktif dan lebih banyak berehat. 





Kesalahan 2: Makan hanya makanan kering @ "dry food".

Deria dahaga bagi kucing amat kurang berbanding dengan anjing, dalam ertikata lain kucing jarang rasa dahaga dan jarang mencari air jika tidak disediakan. Dan disebabkan kencing kucing juga biasanya agak pekat, dengan hanya memberi makanan dry food kita memungkinkan mereka untuk mudah menghidapi penyakit berkaitan kencing seperti batu karang dan UTI.

Kucing secara semulajadinya mendapatkan air dari makanan yang dimakan, sebagai contoh seekor tikus yang dimakan mengandungi 70% air dari keseluruhan badan, manakala makanan basah dalam tin untuk kucing mengandungi 78% air. Makanan kering hanya mengandungi 5-10% air, dan ini menjadikan makanan basah dalam tin lebih baik untuk menjaga hidrasi kucing2 kita.

Emmm nampaknya aku kena lebih kerap memberikan makanan dalam tin untuk kucing2 ku yang banyak tu. Buat masa sekarang aku memberikan makanan kering Blackwood for kitten untuk semua kucing2 sebanyak 5 hidangan sehari, pada jumlah yang kecil, lebih kurang segenggam sekali makan setiap seekor. Bekalan air bersih sentiasa ada dalam kandang, cuma bekas makanan sentiasa kami keluarkan setiap kali selesai makan...dan sekali atau dua  kali seminggu pasti aku akan berikan makanan dalam tin..sebagai hidangan gantian..


Kesalahan 3: Tidak membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi:

Kita tau kucing amat memerlukan bekalan air yang mencukupi apatah lagi jika kita memberikannya makanan kering. Jadi bekalan air bersih perlu sentiasa ada dan mudah untuk diminum oleh kucing pada bila2 masa. Secara mudahnya, kebanyakkan bekas makanan meletakkan air dan makanan bersebelahan, tapi ianya tidak digalakkan. Mengikut pakar vet, sebaiknya bekas makanan dan bekas minuman perlu berasingan, untuk memastikan kebersihannya dan juga untuk memastikan kucing kita selesa untuk minum. Apabila kucing tidak lapar, makanan yang ada dalam bekas makanan tidak akan menarik perhatian kucing, jadi jika bekas air minuman itu bersebelahan dgn bekas makanan, berkemungkinan kucing kita tidak akan mencari air untuk diminum kerana bau makanan lebih kuat.

Emmm, macam2..dan mereka juga menggalakkan kita menggunakan metal bowl berbanding plastik, untuk menjamin kebersihan makanan dan minuman kucing2 kita. 


Kesalahan 4: Memberikan garlic sebagai ubat cacing..home remedy:

Kita mungkin pernah terlihat bendasing berwarna putih sebesar biji beras di bahagian dubur kucing, itu merupakan segmen cacing pita yang bermastautin didalam usus kecil @ intestine kucing. Sesetengah percaya cara terbaik ialah mencampurkan garlic mentah kedalam makanan kucing..home remedy untuk merawat cacing pita. 

Garlic tidak pernah dibuktikan boleh merawat masalah infestasi cacing pita pada kucing atau masalah lain termasuk jangkitan flea, malah memberikan garlic dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan sel2 darah kucing memecah dan mengakibatkan anemia. 

Cacing pita didalam usus kucing agak biasa berlaku, dan ianya disebabkan oleh kucing2 kita termakan flea. Walaupun tidak begitu merbahaya tetapi infestasi cacing yang teruk boleh menyebabkan kehilangan berat badan, keletihan dan juga cirit birit pada kucing, jadi jalan terbaik ialah membawa kucing untuk deworming. 

Kesalahan 5: Menjadikan kucing kita vegetarian @ Vegans:

Semua tau, kucing ialah haiwan pemaging. Keperluan utama kucing iaitu acid amino taurine hanya boleh didapati didalam daging haiwan. Menukar pemakanan kucing kepada vegans boleh menyebabkan kucing kekurangan acid amino tersebut yang membawa kepada masalah jantung kucing, kebutaan dan juga kematian.

 Myth: Cats thrive on a vegetarian diet.

Fact: Cats are obligate carnivores, designed by nature to require animal protein. In fact, human-grade, unprocessed protein and moisture (water) should make up the bulk of your kitty’s diet. Regardless of your own feelings about eating meat, please don’t compromise your cat’s health by feeding him a vegan or vegetarian diet.


Kesalahan 6: Menyebabkan kekurangan zat makanan:
Ini terjadi apabila kita menyediakan makanan sendiri untuk dimakan oleh kucing. Kucing yang bebas biasanya mendapat cukup bekalan calcium kerana mereka memakan sekali tulang2 dari mangsa keseimbangan calcium dan phosphorus secara semulajadi. Bagi kucing yang kita sediakan makanannya, kita mungkin tidak sedar kekurangan zat makanan yang berlaku dalam hidangan yang kita sediakan.

Makanan kucing yang terlalu banyak tuna dan hati atau minyak ikan (cod liver oil) boleh menyebabkan keracunan vit A yang membawa kepada sakit sendi dan tulang, tulang rapuh (brittle bones) dan kulit kering. 

Makanan kucing yang terlalu banyak ikan mentah boleh merosakkan vit B, dan ini akan menyebabkan kelemahan otot, sawan dan kerosakan otak pada kucing.

Mudahnya..kita kena bersederhana dalam menyediakan hidangan untuk kucing, mungkin kita boleh memberikan makanan yang kita sediakan sekali dua seminggu..bukan setiap waktu makan. 



Perbandingan antara canned food n dry food.....

"Dry food":
* lebih ekonomi
* lebih mudah untuk dibiarkan terbuka dibekas makanan kucing
* padat dgn tenaga ie kucing boleh makan dgn cepat untuk mendapatkan kalori diperlukan
* ada 10% jumlah kelembapan
* mempunyai lebih karbohidrat dari protin berbanding dgn wet canned food
* mungkin lebih elok sedikit berbanding wet canned food dalam mengelakkan masalah dental ie gusi dan gigi





"Wet food":
* lebih mahal
* mudah rosak dan perlu disimpan didalam peti ais bila dibuka
* lebih kurang padat dgn tenaga berbanding dry food
* ada 78% jumlah kelembapan dan ini baik untuk kucing
* lebih mempunyai banyak lemak dan protin terutamanya protin haiwan




So...rasanya kita perlu berikan kedua2 makanan sesuai dengan perbelanjaan kita yang menjaganya...tidak semestinya sentiasa canned food tapi boleh kita alternatekan antara canned food n dry food. Bagus juga jika kita dapat jadikan rutin ni sebagai rewards untuk kucing2 kita yang berkelakuan baik..in a way boleh membantu training mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan