Isnin, 1 Disember 2014


Friday, May 30, 2014

Rumah kucing





Banyak tutorial dekat youtube yang tunjukkan macamana nak buat continuous yarn daripada t-shirt lama. Kalau boleh, pakai yang seamless t-shirt. Tapi, bantai  pon bleh je, yang jahit tepi, yang tak berjahit, semua boleh guna, asalkan t-shirt yang boleh meregang.


Tu antara contoh yarn dari t-shirt. Ready untuk dikait.  gunakan hook saiz 10 mm.


Haa.. gambar di atas menunjukkan bahagian base dia dah siap. Macam buat bulatan biasa, tapi tak payah sambung dengan slip stitch.  kait je terus menerus. Bahagian base saje sudah guna 4 helai t-shirt lama. Lepas tu, tandakan bahagian kita nak buat pintu masuk kucing dengan stitch marker, sebab bahagian ni, kita tak akan kait.


Setakat gambar di atas, sudah guna 6 helai t-shirt lama.


Setakat gambar di atas, sudah guna 8 helai t-shirt lama. Sudah rasa nak give-up. Jari sudah lenguh. Belakang badan sudah mau patah. Hahaha.... stop la kalau tak larat. Sambung besok je. Tak boleh dipaksa, tau. Jari jemari kita harus berehat juga. ^_^




Bila agak-agak pintu masuk tu dah cukup untuk kucing masuk (sila la ukur kucing korang, takut tak muat pulak) buat chain je atas tempat yang tidak dikait. Bilangan chain atas sama dengan chain bahagian bawah yang Yati tanda dengan stitch marker tu.


Setakat gambar di atas, sudah guna 9 helai t-shirt lama.


Atas chain tu, sambung je dengan single crochet seperti biasa.


Walau pun kait guna t-shirt lama ni sudah cukup kukuh, tapi Yati still kait sekali dengan tali nilon di bahagian dalam. Tau ler kucing kan... sekali dia stunt atas rumah, mesti kelepek rumah ni nanti.


Setakat gambar di atas, sudah guna 10 helai t-shirt lama. Masih mengunting lagi, sebab tak cukup. Haa.. bertahun tau, Yati simpan t-shirt-t-shirt lama ni. Ingat nak buat lapik kaki ke, lapik periuk ke, jahit square-square buat cover kereta ke, tapi akhirnya guna untuk buat rumah kucing.


Tu pasal kena guna t-shirt ye, sebab kainnya meregang semasa ditarik. Kalau guna kemeja lama ke, baju tidor lama ke, takut tak meregang pulak. ^_^


Setakat gambar di atas, sudah guna 11 helai t-shirt lama. Masa ni, saya  sudah start decrease stitches. Boleh nampak dalam gambar di atas, tali nilon di tempat chain tu. Nanti kita boleh cover, supaya tak nampak tali tu. Tapi kalau nampak sikit-sikit pun, takpa ler.


Tanda permulaan bulatan dengan stitch marker. Kalau tak, boleh lost tau, sebab kita tak sambung bulatan kita dengan slip stitch.


Sakit belakang ke? Sila la stop sekejap, pi tesco ke, Aeon ke, cari kerusi urut seringgit. Hehehe...


Mana-mana perginya rumah kucing ni, bawa sekali tali nilon. Penat buat kat meja kerja, buat depan TV pulak.


Haa... dah berapa t-shirt guna yek? Saya sudah lost count. Hmmm... 12 helai kot setakat gambar di atas.


By the time sampai kat gambar di atas, Amirul kata, "Mama, biar la berlubang tu. Nanti kepala kucing boleh keluar". Hahaha... ye ler tu. Nanti kucing tu takde privasi nak tidor, orang asyik intai dia je.


Makin lubang tu kecil, makin susah nak kait.


13 helai t-shirt lama guna untuk buat rumah kucing ni. Gambar di atas, sudah hampir siap. Yeh....


Yati potong ekor panjang, guna jarum lubang besar, dan jahit bahagian atas bagi rapat.


Rumah kucing sudah siap! Bahagian pintu tu, boleh guna t-shirt yarn juga. Tapi Yati guna benang daiso tebal kait keliling.


Gelap bahagian dalam, macam gua.


Pandangan dari atas. Tidak la kemas. Ada bahagian terbonjol keluar. Hehe..


Amirul main dengan Cougar. Cougar, salah sekor kittens kakak Yati. Anak-anak sudah di ambil oleh kakak, dia orang dok KL sekarang, as usual, bila cuti sekolah.


Tengok tu, Cougar dah ada dalam, tapi Blackie nak masuk juga dalam rumah kucing. Kena tunggu giliran ye.. hehe...


Laaa... dia masuk juga. Kakak kata, muat 2 kittens dalam rumah kucing. Wah... ^_^

Sukanya saya tengok kucing-kucing suka rumah kucing ni. :-)

Selamat bercuti pada kawan-kawan yang nak pergi holiday sempena cuti sekolah ni. Take care and be safe!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan