Isnin, 1 Disember 2014

Makanan Basah Tambahan Untuk Menggemukkan Kucing

on 12 APRIL 2014

Makanan Basah Tambahan Untuk Menggemukkan Kucing

Siapa yang ada kucing ataupun pemilik kucing ataupun pencinta kucing ataupun yang kacak macam aku, pasti nakkan kucing kesayangan nampak sihat dan berisi. Kerana kucing akan nampak comel secomel-comel alam jika ia nampak berisi. Bukanlah untuk menggemukkan kucing, tapi lebih kepada nak menjadikan kucing kesayangan lebih berisi dan nampak sihat. Kucing pun tak disarankan untuk gemuk sebab penyakit senang untuk menghinggapinya. Antaranya obesiti. Itu yang paling ditakuti oleh pemilik kucing. Tuan kucing yang sakit tak apa, tapi kalau kucing kesayangan sakit memang gelabah dibuatnya. Ibarat tampar usus kanan, usus kiri terasa sakit.

Ok, berbalik semula pada makanan yang aku bagi untuk kucing kesayangan aku. Di samping biskut kebiasaan kucing jenama Royal Canin, aku juga bagi kucing aku makan makanan basah. Ini pun hanya seminggu dua kali. Tak boleh bagi hari-hari sebab faktor harga yang agak mahal. Jadi, aku bagi ni sebagai bonus kepada kucing aku sebab dia dengar cakap, manja, jinak dan sama kacak macam aku jugak. Ada juga dia mintak hari-hari, aku hanya tunjuk tukul besi sebagai isyarat tak boleh sama sekali! Nasib baik kucing aku faham bahasa.

makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik
Ok, cukup untuk sebulan makanan ni,. Nak lebih aku kasi penampo buaya je.
makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik,
Style kan cara aku tangkap gambar. Hebat jugak aku ni rupanya.
Makanan basah yang aku selalu bagi pada kucing aku adalah makanan Brand Royale. Itu pun aku buat kajian dulu. Brand Royale ni banyak jenis. Ada Tuna, ada ayam dan ada campuran ayam+tuna dan macam-macam lagi. Selepas beberapa uji kaji dan beberapa das penampar manja aku lepaskan kat kucing kesayangan aku, aku dapat tau jenis apa yang kucing aku paling suka. Kucing aku suka makan jenis Roasted Succulent Chicken. Entah apalah maksudnya. Aku ni English Broken. Aku rasa maksudnya Ayam Panggang Terseksa agaknya. Yang ni memang cukup kucing aku suka. Mungkin sebab tuan dia pun penggila ayam. Jadi, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Dia gemuk, aku pun gemuk juga. Takdir agaknya

makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik,
Sampai macam tu sekali dia makan. Sebab suka dan teruja dia dah tak pedulikan pagar tu. Kalau gemuk lagi sikit, terus sangkut tak boleh keluar dari pagar tu.
makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik,
Dah kenyang apa lagi. Mesti cari ketiak aku nak tidur. Huh! Ni lah nasib aku sebagai bapak angkat dia. Asyik nak bermanja-manja je. Tu pun sekali kokak tangan aku sampai luka. Terguris hati aku.
Jadi, kepada yang mencari makanan basah terbaik untuk kucing, aku sarankan beli Brand Royale ni. Memang terbaik setakat ni. Aku pun dah cuba. Dah cuba lama baru aku berani nak sarankan kat orang lain. Aku pun sebelum ni disarankan oleh orang lain, tu yang cuba tu. Tak kenal maka tak benci kan? Hahaha.
- See more at: http://www.bonikacak.com/2014/04/makanan-basah-tambahan-untuk.html#sthash.8pBIrkKk.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan