Isnin, 1 Disember 2014

Makanan Yang Merbahaya Untuk Kucing Anda

Sama ada sedar atau tak, kebanyakan pemilik kucing memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada kucing-kucing peliharaan mereka tanpa menyedari makanan tersebut boleh mengancam kesihatan dan membahayakan si comel.

Antara makanan-makanan yang merbahaya :

• Tuna
Ikan tuna tidak mengandungi nutrisi dan zat yang diperlukan oleh kucing. Pemberian ikan tuna secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan merkuri (mercury poisoning)




• Segala jenis bawang dan daun bawang
Bawang dan daun bawang boleh menyebabkan kurang sel darah merah, anemia, keracunan dan masalah 'gastrointestinal upset'


• Susu dan produk tenusu
Menghidangkan susu dan keju kepada kucing dewasa boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman kerana kebanyakan kucing dewasa tidak boleh menghadamkan susu dan akan menyebabkan cirit-birit. 



• Alkohol
Keburukan alkohol sama seperti kesannya pada manusia dan boleh menjejaskan hati dan otak. 2 sudu alkohol boleh menyebabkan seekor kucing yang seberat 2kg mengalami koma. Dan sesudu lagi boleh membunuhnya!



• Anggur dan kismis
Anggur dan kismis merupakan makanan ringan kegemaran arnab, hamster, dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Tetapi jika diberikan kepada kucing, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuhnya. 




• Kafein 
Pemberian kafein boleh memudaratkan dan kesannya tidak dapat akan dapat diubati. Antara simptom-simptom keracunan ialah lesu, bernafas dengan laju, kejang otot dan sawan. Kafein bukan saja terdapat dalam minuman seperti teh, kopi dan coklat, tetapi juga terdapat dalam minuman tenaga seperti Red Bull. Selain itu, kafein terdapat dalam ubat selsema untuk manusia dan ubat tahan sakit (painkiller) manusia.




• Coklat
Coklat boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda keracunan sama seperti keracunan lain, iaitu degupan jantung tak stabil, kejang otot, dan sawan.




• Gula-gula dan manisan
Gula-gula, gula getah, ubat gigi, dan apa saja manisan yang mengandungi xylitol boleh mengakibatkan peningkatan insulin dalam badan kucing anda, dan menyebabkan paras gula dalam badan merosot. Xylitol boleh mengakibatkan kegagalan hati. Tanda keracunan ialah muntah, lesu, hilang keseimbangan badan, sawan dan kegagalan hati.




• Lemak dan tulang haiwan
Lemak dan tulang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit. Selain itu, tulang boleh menyebabkan masalah tercekik dan mencederakan sistem penghadaman kucing. 




• Telur mentah
Telur mentah mengandungi bakteria seperti salmonella dan E.coli. Protein dalam telur putih yang mentah yang  dipanggil avidin menghalang penyerapan vitamin B biotin dan akan menyebabkan keguguran bulu, dan masalah kulit pada kucing.




• Daging dan ikan mentah
Seperti telur mentah, daging dan ikan mentah boleh mengandungi bakteria penyebab keracunan. Enzim dalam ikan mentah boleh menghapuskan thiamine, iaitu penyumbang vitamin B untuk kucing anda. Kekurangan thiamine boleh menyebabkan kerosakan otak dan koma.




• Makanan anjing
Sekali sekala memakan makanan anjing tak mengapa. tetapi perlu diingatkan makanan anjing tidak direka khas untuk keperluan kucing anda dan isi kandungan kedua-dua makanan ini adalah berbeza. Makanan kucing mengandungi lebih banyak protein, vitamin dan fatty acids. Pemberian makanan anjing secara berterusan menyebabkan kucing anda kekurangan zat dan nutrisi.





• Hati ayam
Kuantiti yang kecil tidak mengapa. Tetapi jika berlebihan akan menyebabkan keracunan vitamin A. Keadaan  ini boleh menjejaskan tulang kucing anda. Tumbesaran tulang akan terbantut dan kucing akan mengidapi osteoporosis. Keracunan vitamin A juga boleh membawa maut.




• Terlalu banyak 'treats'
Seperti manusia, terlalu banyak makan treats boleh menyebabkan obesiti dan diabetes.




• Yis/ragi roti
Kegunaan yis/ragi adalah sebagai penaik roti/kek. Sekiranya di makan oleh kucing, perut kucing anda akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Yis/ragi juga boleh menyebabkan keracunan alkohol pada kucing.





• Ubat-ubatan manusia
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik kucing ialah memberi makan ubat-ubatan manusia kepada kucing mereka yang sakit. Jangan memberi ubat yang diberi dari farmasi kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor. Ubatan seperti paracetamol, acetaminophen dan ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada kucing.





Kucing adalah karnivor dan perlukan daging sebagai makanan asas. Sebagai pemilik haiwan, adalah menjadi tanggungjawab anda menyediakan makanan yang seimbang untuk memastikan kucing anda berada dalam keadaan sihat. Makanan seperti daging lembu dan beras perang (brown rice) boleh diberikan dalam jumlah yang kecil dan tidak kerap.


Sumber artikel : Foods Your Cat Should Never Eat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan