Isnin, 1 Disember 2014


TIPS MEMILIH MAKANAN KUCING.
Makanan kucing ialah benda paling penting perlu ada bila kita bela kucing. Tapi berapa ramai yang consult dengan veterinarian atau baca dengan teliti dekat packet makanan tu sebelum membeli makanan kucing? Lilo, Ichii dan A-oi ialah kucing pertama yang kami pelihara. Sebelum tu tak pernah ada experience dengan kucing. Dan sebelum ini aku cukup takut dengan kucing. Bukannya apa, takut kena cakar. Hahaha.
First time pelihara kucing, memang aku tak tahu apa makanan yang patut aku bagi kucing ni. Whiskas? Friskies? Iams? Nasi? Ikan kering? Semua diorang pernah try, kecuali nasi dengan ikan kering la, haha. Dan kucing aku yang bertiga ini, memang tak pernah cerewet. Bagilah jenama apa pun, diorang tak pernah menolak. Tak pernah bad mood bila tengok makanan.
Lawatan pertama ke klinik veterinar untuk vaksin mereka, doktor tanya bagi makanan apa. Lepas tu doktor letakkan sikit Royal Canin Babycat kat dalam mangkuk. Menyerbu diorang makan. Alah apa nak heran, memang pun diorang tu bagi apa pun makan. Haha. Doktor pun suggest, apa kata cuba bagi Royal Canin. Tapi aku tengok mahal harganya. Sob sob. Sedih.
Dan berkat kemanjaan tiga ekor itu, suami pun jadi cair dan mula memberikan dana untuk kucing-kucing ni. Haha. Mulai saat itulah, sampai ke hari ini, kami bagi keenam-enam kucing tu makan Royal Canin. Tiba-tiba aku dan suami rajin nak membaca pasal kucing di Internet. Suamilah lebih rajin. Selalunya dia bagi aku link, dan aku baca.
Ada 3 kategori pet food. Paling bagus ialah jenis super premium atau holistic, premium, dan komersial. Dari segi harga pun tentulah super premium / holistic ni yang paling mahal dan paling susah nak dapat. Dan komersial paling murah dan mudah didapati. Kat pasaraya mana-mana pun ada jual. Kedai runcit dan 7-eleven pun ada.
Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Dalam holistic pet food, memang tak ada benda-benda ni. Sebab itu holistic paling mahal dan dikatakan super premium. Jadi kalau beli makanan kucing, kalau boleh cuba elakkan benda-benda ni, terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) tak baik untuk kucing, nanti boleh kena batu karang.
By-product ialah bahagian haiwan yang manusia tak makan. Ok, kalau beli pet food perasa chicken katanya. Cuba tengok kat bahagian ingredients dia. Dia akan tulis chicken by-product ataupun poultry by-product. Wah ada chicken. Kita pun terus beli. Padahal chicken by-product tu cuma bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama la kalau beef ataupun lamb by-product. Cuma bahagian buangan yang tak digunakan yang diorang process untuk buat makanan kucing ni. Tak ke kesian? Dapat makan sisa-sisa ayam je yang belum tentu ada khasiat. Sebabkan by-product ni la makanan tu jadi murah. Makanan yang ada pakai by-product biasanya macam kering, tak berapa moist dan tak berminyak compared to premium or super premium.
Alah.. kucing aku kenyang jugakkkk.. memanglah kenyang, sebab ada corn, wheat, soy dalam makanan tu. Benda ini bertindak sebagai filler yang buatkan kucing kau kenyang, tapi tak dapat nutrisi.
Selain dari tu, kena jugak tengok kandungan nutrisi. Kibbles yang elok perlu ada at least 33% protein. Kucing perlu banyak protein. Lagi tinggi kandungan protein dalam makanan tu, lagi bagus.
Makanan yang kita mudah dapat di pasaraya itu dikategorikan sebagai commercial food. Blackwood dan Royal Canin ialah contoh premium food, tak ada by-product. Tapi Blackwood lebih murah dari Royal Canin. Sebab tu ramai orang beli Blackwood. Lebih murah dan ada breeder pack 24kg pulak tu. Sesuai untuk orang yang ada banyak kucing, beli 24kg terus. Contoh super premium food pulak ialah macam Orijen dan Evo. Ini setakat yang aku tahu la. Tapi Orijen tu mahal. 2.5kg dah RM80. Pitam. Kucing aku yang 4 ekor dewasa tu, dah makan adult kibbles. Kami beli 15kg terus. Hachiko dan Hime still makan yang kitten formula punya. Koyak rabak la purse suami kalau nak bagi Orijen. Bukan purse aku la sebab purse aku banyak resit je, dan membership card. Hahahahaha.
kucing saya makan ini waktu usia 4 – 12 bulan
Ok, kalau diikutkan, kucing memang carnivore. Dia makan daging. Home-cooked meal is the best. Tapi kalau ikut peredaran masa, tak ramai dah orang yang ada masa untuk layan bagi makan ayam, daging, ikan dan sebagainya. Sebab semua orang sibuk bekerja sekarang. Nanti kot kot kau sangkut kat traffic jem ke, atau pergi shopping terlebih masa ke, kucing kat rumah kelaparan pulak. Kalau aku ada pembantu rumah yang khas untuk jaga kucing-kucing aku, maybe aku akan bagi home-cooked meal jugak, selain kibbles.
Kucing perlu makan kibbles. Kalau kau cakap kucing kau tak suka kibbles, dia suka wet food.. so kau pun layan bagi dia makan wet food je. Tak berapa bagus sebenarnya. Sebab wet food pun takde la murah pun.. Mahal sebab harga tin kot. Lepas tu wet food takkan menggemukkan. Setahun pertama sangat penting untuk pembesaran kucing kau. Dalam masa setahun tu, elok bagi free flow food. Biar dia makan bila dia lapar, ikut suka hati dia. Maka kibbles la paling sesuai kan. Macam mana kau nak bagi free flow wet food? Wet food tak boleh dibiarkan lama terdedah kalau tak habis. Kang semut dan bakteria yang membiak.
Dan kebanyakan wet food ada jelly atau nama saintifik dia polysaccharide.  Jelly ni gunanya untuk bagi makanan tu melekat. Tapi terlalu banyak jelly pun tak bagus. Ada sejenis canned food ni, dia punya jelly pun dekat setengah tin. Macam mana kucing nak dapat khasiat kalau makan jelly je?
Memang kebanyakan makanan tin ni, ada jelly tu. Tapi kalau premium punya, kuantiti jelly dia sikit je. Dan kalau dia cakap perasa ayam, ha memang ayamlah. Kalau salmon, memang salmon.. tu yang bagusnya premium canned food.
Kucing-kucing aku kadang-kadang diberi makan makanan basah jugak. Sekali sekala je.. masa hari raya atau birthday atau bila rasa nak bagi, haha. Dah banyak jenis makanan yang kami cuba.. Tapi setakat ini kami paling suka Qiut & Fussie Cat. Qiut takde jelly. Makanan tu nampak sangat moist dan nampak macam rendang, hehe. Perhatian: Ini bukan advertorial untuk Qiut.
Qiut makes kitty happy
Yang dalam gambar ni Tuna Fish with Vegetable Topping. Memang bebetul topping je yer.. sikit je carrot dia.. macam tabur bawang goreng je, haha. Tapi tak kisah la, janji takde jelly. Puas la sikit diorang makan kalau takde jelly.
nampak macam rendang kan?
serbuuuuuuuu
Tengok Sookie tu. Kena apit dek dua budak kecik, nampak dia bukan main besauuu.. Sebelum ni kami ada bagi diorang makan ayam rebus jugak. Iaitu rebus chicken breast tanpa garam, lepas tu chop pakai food processor. Tapi memandangkan haritu shopping canned food banyak kan, so stop dulu lah chicken breast, hehe.
edited: Oleh kerana ramai yang asik cakap Royal Canin ada kandungan pork, lalu aku tanya sendiri pada pihak Royal Canin Malaysia pada 25 March 2013. Lalu mereka email pada aku, surat dari Royal Canin yang menyatakan bahawa:
Antara syarat penting untuk mengimport makanan kucing dari luar negara ialah “The pet food intended for cat food must not contain pork or swine origin.” atau dalam Bahasa Melayu yang aku alih bahasa sendiri; “Makanan haiwan untuk makanan kucing mestilah tidak mengandungi babi ataupun mengandungi unsur babi”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan